INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

TRAILER FILEM HANYUT (ALMAYER'S FOLLY) ARAHAN UWEI DILANCARKAN!


TRAILER filem arahan pengarah tersohor U-Wei Hj Saari, Hanyut dilancarkan di laman sosial Youtube malam tadi. Filem yang dibintangi oleh Peter O'Brien, Sofia Jane, Khalid Salleh, Adi Putra dan Diana Danielle itu bakal ditayangkan kepada umum tidak lama lagi.

Ditulis berdasarkan novel Almayer's Folly tulisan Joseph Conrad, filem epik tersebut mengisahkan tentang Almayer, seorang peniaga Belanda yang berjuang untuk meneruskan kehidupannya di Borneo pada pertukaran abad ke-19. Dia berimpian untuk menemui gunung emas yang dianggap mitos, tetapi ditentang oleh isterinya yang licik, kerajaan penjajah, intrik politik dari pusat daerah dan pedagang Arab, dan cinta putrinya terhadap seorang pahlawan Melayu yang inginkan kebebasan.

Untuk perkembangan terkini mengenai filem epik ini, sila layari www.hanyut-almayersfolly.com.

Setelah menyaksikan trailer tersebut, apa komen anda mengenai filem terbaru arahan U-Wei ini?

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response