INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

JALAN KEMBALI: BOHSIA 2 - KAUT RM3 JUTA DALAM MASA 4 HARI!! @burnsoul4u


Pengarah muda berbakat besar, Syamsul Yusof tampil dengan filem sekuel aksi "Jalan Kembali: Bohsia 2" apabila berjaya menarik perhatian penonton untuk menonton karyanya yang tidak pernah mengecewakan setakat ini.

Dengan kehadiran filem aksi lain seperti "KL Drift" dan "Evolusi KL Drift" dimana berjaya menaikkan nama pengarah muda ini sebagai pengarah terbaik di dalam Anugerah Festival Filem Malaysia yang ke – 23 (FFM 23) yang lalu telah berjaya menambat hati penonton dengan genre yang diketengahkan pengarah muda ini.


Menurut laporan yang diterima pihak Skop Production, kutipan untuk filem terbaru keluaran mereka iaitu "Jalan Kembali: Bohsia 2" berjaya mendapat kutipan memberangsangkan iaitu sebanyak RM 3 Juta selepas 4 hari ditayangkan.

Filem ini merupakan antara filem yang berjaya meriah kutipan paling tinggi di awal penayangan buat masa ini berbanding filem-filem tempatan yang lain yang telah ditayangkan selepas kejayaan filem "Ombak Rindu".


Filem yang mula ditayangkan pada 7 Jun yang lalu dibintangi pelakon hebat dari Salina Saibi, Nabila Huda, Soffi Jikan dan juga Syamsul Yusof. -CinemaOnline

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response