INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

K-POP VERSI YANA & SHAHEIZY SAM!!


Industri perfileman tempatan kini semakin bertambah meriah dengan penayangan dua buah filem seminggu. Dalam kerancakkan ini, Pencil Pictures tampil buat pertama kalinya mempertaruhkan filem yang berjudul Aku Ada, Kau Ada ???. Filem bergenre romantik komedi ini memaparkan kisah cinta remaja yang bermula dari perasaan benci dan dendam yang lama-kelamaan bertukar suka antara satu sama lain. Aku Ada, Kau Ada ??? bakal menemui penonton di seluruh negara pada 24 Mei ini.
Aku Ada, Kau Ada ??? menampilkan dua bintang yang mendapat jolokan pasangan serasi iaitu Shaheizy Sam dan Yana Samsudin. Dalam filem ini, mereka perlu memainkan watak yang begitu berbeza daripada filem-filem lakonan mereka yang sebelumnya. Di samping itu, pelakon-pelakon lain yang turut sama menjayakan watak dalam filem seperti Kamal Adli, Angah Raja Lawak, Sheila Mambo, Siti Chubby dan ramai lagi. Turut memperkenalkan Wanna Ali dan Sufian Ali, pelakon baru yang cuba di asah bakatnya yang bakal mewarnai dunia seni tanah air.
Rahila Ali, pengarah yang sudah berpengalaman selama 15 tahun dalam dunia pengarahan drama, muzik video dan program hiburan diberi tanggungjawab merealisasikan karya ini dalam bentuk visual. Walaupun Aku Ada, Kau Ada ??? percubaan pertama beliau dalam pengarahan filem, dengan komitmen yang tinggi beliau yakin dengan hasil yang telah diberikan. Diharapkan buah tangan pertama dari Rahila Ali mendapat sokongan yang menggalakkan di samping mahukan penonton terhibur dengan jalan cerita yang dipaparkan.
Menyedari tentang perkembangan produk filem luar negara terutama dari negara Korea Selatan kini semakin mendapat tempat di hati peminat negara kita, Pencil Pictures sepakat untuk menjalankan penggambaran di sana sebagai lokasi yang sesuai untuk dijadikan latar tempat bagi filem ini. Selain itu, filem ini turut merakamkan beberapa runut bunyi (soundtrack) seperti Begini Caranya, Baby Crazy, Halus Berbisa dan 2M yang dinyanyikan oleh pelakon-pelakon filem ini sendiri bagi menambahkan keistimewaan filem ini.
Aku Ada, Kau Ada ??? merupakan filem edaran Metrowealth (MIG). Pencil Pictures percaya kerjasama yang dijalinkan dengan MIG ini merupakan peluang yang baik dalam mempromosi Aku Ada, Kau Ada ??? di seluruh negara. Pihak Pencil Pictures mengharapkan filem ini mendapat penerimaan yang positif daripada semua pihak dan seterusnya mendapat tempat di hati semua. Dengan sokongan berterusan akan menjadi pembakar semangat kepada pihak produksi untuk berterusan menghasilkan karya-karya yang bermutu untuk meningkatkan lagi industri perfileman negara kita. -sinemamalaysia

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response

0 comments for "K-POP VERSI YANA & SHAHEIZY SAM!!"