INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

GILA... LUMPUH PUN MASIH MAMPU ROGOL PELAJAR 15 TAHUN!


KUALA TERENGGANU — Seorang pemuda yang lumpuh dari pinggang ke kaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh merogol seorang pelajar berusia 15 tahun sebanyak tiga kali pada November tahun lepas.

Mohd. Sapawi Ismail, 27, yang terpaksa berkerusi roda ketika dihadapkan di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin, merupakan bekas tenaga pengajar aktiviti selam skuba sebelum mendapat penyakit lumpuh pada tahun 2010.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd. Sapawi didakwa merogol pelajar itu di rumahnya di Kampung Beting Lintang di Kampung Raja, Besut, antara 8 malam dan 11 malam 27 November lepas.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia dituduh mengulangi perbuatan itu pada 28 dan 29 November di sebuah rumah berdekatan rumahnya antara waktu yang sama.

Tiada pengakuan dicatatkan.— BERNAMA
.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response

0 comments for "GILA... LUMPUH PUN MASIH MAMPU ROGOL PELAJAR 15 TAHUN!"